Tuesday 1 May 2012

Sekapur Sireh & Objektif Penubuhan Taska Nur Suehyla


Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum WBT..


Segala puji-pujian bagi Allah SWT Pencipta segala yang ada telah menentukan kehidupan manusia dengan mengaturnya sebaik-baik kejadian hingga memberi kepercayaan dan amanah kepada kita untuk mentadbir bumi ini yang penuh dengan ujian bagi menguji manusia itu sebenar-benarnya hamba Allah swt untuk ditempatkan di tempat yang telah ditentukan buruk dan baiknya.



Sesungguhnya anak yang dilahirkan itu adalah suatu anugerah dan nikmat yang tidak ternilai daripada Allah SWT, anak juga adalah amanah Allah dimana kita sebagai Ibubapa harus mencorakkan mereka dengan sebaik mungkin.


Jadikanlah anak2 kita sebagai pembuka pintu rahmat bagi kedua orang tuanya & memberikan kebaikan bagi orang2 disekitarnya. Berikanlah mereka kasih sayang dan didikan yang sempurna agar mereka mampu menjadi saham yang membawa keuntungan kepada Ibubapa dunia & akhirat..

Setiap Ibubapa sudah pasti ingin menjaga dan memberi didikan yang terbaik untuk anak-anak mereka tetapi disebabkan kos sara hidup yang tinggi pada zaman ini ramai ibu & bapa yang terpaksa keluar rumah untuk berkerja, dan anak-anak terpaksa dijaga oleh pembantu rumah ataupun dihantar kerumah pengasuh dan sesetengahnya menghantar anak mereka ke TASKA yang tidak pasti kesan pro & kontranya terhadap anak itu sendiri.

Dengan keperihatinan itu, Taska Nur Suehyla telah ditubuhkan untuk membantu para Ibubapa dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang berkualiti melalui :
  • Menerapkan didikan & asuhan yang positif  dalam menjana minda & membentuk peribadi anak-anak ke arah kecemerlangan berlandaskan konsep Islamik.
  • Menggalakkan pertumbuhan & perkembangan menyeluruh kanak-kanak melalui Perkembangan Fizikal, Bahasa, Kognitif & Sosio Emosi.
  • Membentuk & mewujudkan sebuah generasi Islam yang dinamis & progresif.
  • Menyediakan kemudahan & perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria & selesa.
  • Menyediakan makanan seimbang & berkhasiat bagi membantu pertumbuhan & perkembangan kanak-kanak serta mengamalkan gaya hidup sihat.
  • Menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati & mengamalkannya.
  • Merangsang kecerdasan & kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan & keselamatan yang baik melalui aktiviti2 terancang.
  • Selain itu, kami menyediakan perkhidmatan transit untuk kanak-kanak sekolah rendah, KAFA dan juga kelas mengaji Al-Quran.
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
(Bukhari)”


Taska Nur Suehyla adalah sebuah Taska (in house) bertauliah yang mendapat Sijil & Latihan Asas Perkembangan Kanak-Kanak KAAK dan berdaftar dibawah Kementerian Kebajikan Masyarakat (JKM).


~ Semoga apa yang kita usahakan mendapat keredhaanNya.. InsyAllah.


Pendaftaran dibuka mulai sekarang! Alamat: No 7280, Jln 6 Taman Selayang Baru, Bt 8 1/2 Jln Ipoh, Batu Caves 68100, Selangor.  Pertanyaan lanjut, hubungi: Puan Suhaila (013-3839855)

1 comment: