Tuesday 15 May 2012

Doa untuk Si Permata Hati..


Assalamualaikum wbt..
Salam sejahtera, salam ukhwah buat pembaca & penziarah semoga anda semua sentiasa dalam perlindungan & rahmat Allah SWT hendaknya..

Sebenarnya entry kali ini tidak ada kaitan dengan TASKA pun tapi sekadar ingin berkongsi sedikit pengetahuan bersama Ibubapa agar mengaplikasikannya dalam mendidik dan membimbing permata hati kita, semoga mendapat keberkatan  Allah SWT.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, doa ibubapa untuk anak-anaknya sangat makbul. Dengan itu, janganlah kita sia-siakan kemuliaan yang Allah kurniakan kepada kita iaitu mustajabnya doa ibubapa untuk anak-anak. 


Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Majjah menegaskan tiga golongan jika berdoa pasti dimakbulkan iaitu orang dizalimi, orang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya.

Rugilah bagi sesiapa yang mensia-siakan peluang ini. Setiap ibubapa pasti mengimpikan anak-anak mereka menjadi orang-orang yang berjaya di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat. Maka, gunakanlah kemuliaan yang Allah kurniakan ini untuk berdoa untuk permata hati kita.







Berikut ini adalah doa-doa yang elok untuk diamalkan.

Doa supaya anak-anak tetap mengerjakan solat:
Surah Ibrahim ayat 40-41





Ertinya " Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mengerjakan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doa kami. Tuhanku, ampunilah aku dan ibubapaku serta sekelian sorang-orang mukmin pada hari hisab nanti"

Doa mohon keturunan yang soleh, penyenang hati dan menjadi orang yang bertaqwa.
Surah al-Furqan ayat 74

Ertinya"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri dan keturunan kami menjadi penyenang hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa"

Doa anak taat kepada Allah
Surah Al-Baqarah (ayat 128)




Ertinya " Wahai tuhan kami, jadikanlah kami berdua ini orang yang patuh dan berserah diri kepadaMU, dan jadikanlah di kalangan keturunan kami umat yang patuh dan berserah diri kepadaMU, serta tunjukkanlah kepada kami syari'at cara-cara ibadah haji kami dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Penyayang."

Doa anak pandai belajar
Surah Anbiya ayat 79

  

Ertinya " Maka Kami beri Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (daripada mereka berdua) Kami berikan hikmah kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami tundukkan gunung-ganang dan burung-burung memuji Kami bersama-sama dengan Daud. Kami sememangnya berkuasa melakukan semua ini.

Doa-doa lain,

Doa supaya anak rajin belajar dan rajin ke sekolah:
Surah Taha ayat 1 - 5


Doa memohon rahmat
Surah Ali-Imran, ayat 8-9.


Doa anak lembut hati
Surah Al-Anbiya, (ayat 69) atau Al-Hasyar (ayat 22-24) Surah Al-Imran ayat 200


Doa mohon zuriat yang baik
surah Ali-Imran (ayat 38)


Selagi kita belum menutup mata, selagi itulah tanggungjawab kita tidak akan selesai  dimana kita harus membesar, mendidik, membimbing dan memberikan mereka ilmu serta berdoa kerana DOA amat penting dalam kehidupan kita dalam menentukan kejayaan permata hati kita dan apa jua yang kita hajati.

Sesungguhnya, anak itu adalah amanah dari Allah dan kita akan dipersoalkan diakhirat nanti tentang tanggungjawab kita dalam membesarkan anak-anak..Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk & keberkatan dalam menjalankan tanggungjawab ini...InsyaAllah wa ilalliqa'. 

"Dakwah Ilallah"


No comments:

Post a Comment