Assalamualaikum wbt & salam sejahtera buat pembaca semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah SWT..
Ada yang bertanya kepada TNS adakah TNS membenarkan ibu2
membekalkan susu semasa menghantar anak di bawah jagaan TNS, katanya lagi ada
sesetengah TASKA yang tidak membenarkan ibu2 membekalkan susu ibu di TASKA.
Terasa macam tidak masuk akal pula, tapi bila difikirkan besar kemungkinan TASKA
tersebut tidak mengikuti kursus KAAK yang sepatutnya maka terjadilah peraturan
sebegitu.
Di TNS, malahan amat2 menekan & menggalakkan ibu2 yang
menghantar anak2 mereka membekalkan susu ibu kerana terdapat banyak faedah dari
segi saintifik & Islam kepada bayi dan ibu itu sendiri.
Sebagaimana yang disarankan, susu ibu hendaklah diberi
kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan
sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada
bayi.
Secara saintifiknya, susu ibu kaya dengan antibodi serta
hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus
(gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan,
kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan
pembentukan otot-otot muka dan rahang.
Penting ibu2 perlu tahu ialah susu ibu juga membantu untuk
mencegah bayi dari mendapat kanser. Zat yang disebut alpha-lac
(alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang
mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya. Manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan
rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu
telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini, malah IQ
bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu
yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui
kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ. SubhanaAllah..
Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat
berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab
untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Menyusu bayi juga baik untuk ibu,
antaranya ialah:
Perembesan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut
membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga
membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan
aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara,
pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah
seperti berikut:
Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural,
ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh
diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.
Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan
jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling
tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.
Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada
bayi. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan
antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut
dirasai bayi.
Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang
ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu
hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam
Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun
penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
“Dan Kami wajibkan
manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya
dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir
menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan
yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan
(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah
Luqman: ayat 14)
Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung
sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”
Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak:
1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada
badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.
2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2
tahun) dan beramal soleh tidak melanggar perintah Allah dan taat kepada
suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa
syurga wajib baginya.
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang
menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena
penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.
5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya
sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya
yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke
jalan Allah.
Begitulah sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU. Dari
itu jika kita sayang permata hati kita, bekalkanlah susu ibu kepada permata
hati kita walau dimana saja mereka berada..
“Selamat Hari Ibu “
Ukhwah fillah dakwah fisabilillah
Ukhwah fillah dakwah fisabilillah
Wallahu’alam….
Casinos in Arizona 2021 - Dr.MCD
ReplyDeleteCasino gambling Arizona The state 포항 출장마사지 doesn't have a monopoly on poker and slot machines, but 삼척 출장안마 casino poker rooms have been around for over a 이천 출장안마 decade. 계룡 출장안마 The 전라남도 출장샵