Saturday 3 November 2012

Perkembangan Terkini TNS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Salam ukhwah & salam kasih sayang buat semua pelawat & pembaca blog TNS, doa & harapan saya semoga anda semua dalam limpahan rahmat ILLAHI hendaknya.

Lama sudah rasanya tidak menghantar apa2 entry disini. Rindunya untuk melakarkan sesuatu tapi kekangan waktu seringkali tidak mengizinkan, maklumlah selalu sahaja sibuk dengan aktiviti2 seharian. InsyaAllah dengan izin & limpah kurniaNya diberikan kesempatan sedikit waktu ini dapat saya bersantai diblog ini..Alhamdulillah.

Alhamdulillah..setakat ini TNS menampakkan perkembangan semakin baik dimana kuantiti anak2 TNS terus meningkat dari masa ke semasa. Anak2  TNS juga menunjukkan perkembangan dan pertumbuhan yang positif. Anak2 yang telah memasuki umur 6bln sudahpun mulai makan, seronok tidak terkata tengok mereka teruja bila disuap makanan. Makanan bayi yang disediakan di TNS adalah bubur cair berasaskan seperti beras, kentang, karot, ikan, ayam sawi dan lain2. dan pastinya menu sentiasa ditukar setiap hari bagi memastikan anak2 tidak bosan. Hmmm nyum-nyum..

Sementara bagi kanak2 berumur 1 keatas pula disediakan aktiviti2 menarik seperti mari mewarna, menyusun puzzle, aktiviti outdoor dan bermacam2 lagi aktiviti dan asuhan dalam rangka menggalakan perkembangan dan pertumbuhan menyeluruh kanak2. Kanak2 ini juga sentiasa diberikan asuhan dan ajaran2 Islamik yang mudah bersesuaian dengan tahap umur mereka dan selain itu, mereka juga diperdengarkan dengan bacaan Ayatul Quran pada setiap pagi sebagai muqadimah kehadiran mereka ke TNS. Semoga mereka semua sentiasa dilindungi dalam rahmat ALLAH SWT, InsyaAllah.

Nampaknya setakat ini sahaja yang dapat dikongsikan bersama pada kali ini, InsyaAllah pada entry yang akan datang akan dilampirkan bersama foto2 yang diambil di TNS, tentu lebih menarik kan.:)
Wassalam..